Album muda mudi



Gambar lama2 masa aku muda mudi. Masa ni aku ligat dalam aktiviti sukan basikal BMX Flatland.
Pix no.1 : aku suka kumpul stiker yang aku dapat sepanjang aku ride.
Pix no.2 : gambar tahun 2003, tengah rehat masa dalam Asian X-Tour.
Pix no.3 : gambar tahun 2002, masa ni kali pertama Asian X-Games buat kat Malaysia. Dari kanan, Kritsada (Thai), Aku, York Uno (Jepun), Rudy (Mas), Yuki (Jepun) dan tak ingat nama (Thai).
Seronokya masa zaman kegemilangan bermain gerek ni!!
* gerek : basikal
Vespa Haji Samad
Aku layan lagu ni lah yang dapat idea letak nama blog aku ni Ayaq Hangat..hahaaa. Lagu nyanyian oleh Pak Ku Shadat ni memang terkenal la bagi penduduk Malaysia di sebelah utara. Kadang-kadang kalau aku dengar lagu-lagu dari Pak Ku Shadat ni, boleh ketawa sorang-sorang. Nanti aku up lagi lagu-lagu dia yang lain..
Tunangku…






Hmm…Alhamdulillah, pada 18 Oktober 2008 lalu, aku dan Maliah berjaya selangkah lagi ke depan dengan selesainya majlis pertunangan kami yang amat ringkas. Aku pun agak bersyukur kerana keluarga Maliah dan keluarga aku tak mau majlis yang meriah-meriah sangat untuk pertunangan kami.
Terima kasih kepada keluarga Maliah yang layan keluarga aku dengan baik sekali. Semuanya berjalan dengan lancar. Lepas ni ada benda lain pulak nak kena fikirkan. Tak pa, pelan-pelan. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan jemput semua untuk hadir majlis perkahwinan kami nanti…doa-doakanlah ya!! Amin.
Ketagih Dadih
Hahaaa…ni lah dadih kegemaran aku. Setiap kali aku balik kampung, ni lah yang akan aku cari sebagai penghilang ketagih. Memang sedap sangat atau dalam perkataan lain, ’sedap gila’. Aku tak tau la macam mana tokey dadih ni buat dadih ni sampai rasanya amat sedap.
Bukan tak penah makan dadih, tapi dadih ni rasa lemak semacam. haihhh, tengah tulis ni pun aku dah terliur. Sapa-sapa yag kalau ke sebelah utara dan tersempak dadih Shokran ni, beli dan cuba. Pasti ketagih!!
Mula
Aku pada asalnya hanyalah seorang pekerja kedai runcit di pekan Kulim, Kedah. Telah mula bekerja dikedai tersebut sejak tingkatan 2, aku mula mencari duit sendiri setelah dibenarkan oleh kedua ibu bapa aku yang mungkin pada masa itu berharap aku dapat belajar nilai sebenar apa itu duit.
Selepas 4 tahun aku bersama ‘Rohaimizi Enterprise’, aku mula berfikir yang aku harus pergi lebih jauh dengan kerja yang lebih bagus. Berpunca dari hobi aku yang pada masa itu seorang penunggang basikal bmx flatland, aku mula minat mengambil gambar rakan-rakan aku beraksi dengan basikal masing-masing.
Ternyata bakat aku ada. Setiap kali saja aku menekan punat shutter kamera poket yang berisikan filem berjenama kodak, gambar-gambar yang terhasil berjaya mengagumkan rakan-rakan aku. Jadi, aku memilih untuk menyambung pelajaran dalam jurusan fotografi. Tapi sayang, universiti berkehendakan kelayakan yang tinggi untuk menyertai mereka. Aku berasa kecewa dan mula menyesal kerana waktu sekolah menengah dahulu, aku hanyalah seorang pelajar yang selalu tidur.
Gambar diatas adalah hasil dari aku menggunakan poket kamera pada zaman kegemilangan filem. *Asian Xtour 2003
Gambar diatas aku (kanan) bersama pro rider dari Jepun, York Uno (tengah) dan Andy JB. *gambar lama tapi tak ingat tarikh.
Tapi, mungkin rezeki aku sudah ditentukan dalam bidang fotografi. Aku ternampak iklan pengambilan pelajar jurusan fotografi di IKBN Peretak semasa sedang membaca akhbar Mingguan Malaysia di kedai runcit tempat aku bekerja. Dengan hanya kelayakan SPM, aku mencuba nasib memohon ke IKBN Peretak. Kemudian menunggulah aku jawapan dari IKBN Peretak. Perasaan setiap hari berdebar menunggu jawapan dari IKBN seperti berdebar mahu berjumpa tok mudim. hmmm….tujuh bulan tiada khabar, pastinya aku sudah tiada peluang.
Aku tidak berputus asa. IKBN Peretak mengambil pelajar setahun dua kali. Jadi, aku memohon buat kali kedua. Kali ini aku bernasib baik, aku berjaya dipanggil temuduga. Apa lagi, setahu saja aku terpilih untuk ditemuduga, pelbagai persediaan aku buat. Nama menteri, rukun negara, pengetahuan am dan macam-macam lagi yang aku cuba ingat. Tiba hari temuduga, aku tidak sangka yang aku tidak langsung ditanya tentang apa yang aku persiapkan. Yang ditanya adalah hal-hal berkaitan agama. “cuba baca doa Qunut?” , en. penemuduga mengajukan aku soalan itu.
Tergagap-gagap aku membacakan kepada beliau. Dalam hati aku terfikir, “aku ni minta belajar IKBN ke Tahfiz?” hahaaa…sedikit perasaan lucu menghilangkan gemuruh semasa ditemuduga. Selepas Tiga bulan pada tarikh ditemuduga, aku menerima berita gembira dari emak aku semasa aku baru pulang dari kedai tempat aku bekerja. Lega rasanya, impian tercapai. Bermulalah perjalanan mencari ilmu fotografi..
*akan bersambung cerita semasa aku di IKBN Peretak
Selamat Datang!!
Salam Sejahtera…blog baru yang aku buat ni adalah untuk dijadikan tempat untuk aku menceritakan apa saja tentang diri aku dan yang berlaku sepanjang aku hidup..




leave a comment