Macam-Macam Hal…
Hal yang pertama :
Laptop aku tetiba jadi sengal. Tak buleh hidup. Aku amat susah hati sebab banyak keja aku tak selesai lagi dan banyak gambar yang aku tak back up lagi. Aduhai..tertekan!
Hal kedua :
Ni Rushdi Salleh ataupun incek Kordi. Kawan aku dari masa kami belajar IKBN Peretak lagi pastu kami dapat keja sekali kat Utusan. Arini paper Kosmo & Utusan ada report pasal dia hampir lemas masa pi asgment. Huhh..gila la bahaya. Nasib baik dia selamat. Baca berita selanjutnya KLIK SINI
oh…

Oh..cik maliah, cepat lah pulang..
Oh..cik maliah, saya lapar nasi bonjari..
Oh..cik maliah, saya mau ketemu..
Oh..cik maliah, saya mau merenyeh…
Gerek
Aku sekarang ni sedang berangan-angan nak buat balik sebijik gerek flatland. Dah tak tahan duk tengok kawan-kawan yang sama-sama main gerek dari dulu sampai la ni duk ride lagi. La ni depa pakai gerek hebat2, sampai aku sendiri pun dah tak kenai jenis-jenis part yang ada.
Tak pa, aku buat pelan-pelan. Nanti siap la tu..
Frame Ares ni antara sasaran aku.
kenapa?
Kenapa kebanyakkan blogger yang terdiri dari orang-orang seni, bijak pandai, berpelajaran tinggi, politik, pelajar, professional dll, boleh dikatakan 100% mengutuk kerajaan ?
Kenapa mereka sangat tidak berpuas hati ?
Kenapa mereka menyebelahi pembangkang ?
Kenapa mereka tidak mengutuk keburukan pembangkang ?
Kenapa mereka tidak terbuka kepada kedua-dua belah pihak?
Kenapa mereka begitu taksub ?
Kenapa mereka mengganas ?
Kenapa aku tulis? : tah la, aku saja nak tau ja. aku bukan sokong mana-mana pihak. tapi aku pelik..
Hmmm….
Iklan skit..

Aku sedang sakit kepala, jadi aku mau tdo awal..
*Buat cik maliah saya, kita akan ketemu nanti ya!
Motosikal
Aku adalah seorang penunggang motosikal. Tapi aku bukan dari kalangan geng mat rempit yang jadikan motor untuk tunjuk cool atas jalanraya. Aku bawa motor untuk menyenangkan aku buat kerja. Lebih best lagi bila keja macam aku ni, ke sana sini. Apa yang aku nak bagitau disini, rasa tak puas hati aku kepada sesetengah pemandu-pemandu kereta, lori, bas, dan lain-lain.
Ada sesetengah pemandu yang bersikap agak kurang ajar dan tak bertimbang rasa dengan penunggang motosikal. Contoh yang pernah aku alami :
1) Bawa keta laju masa lepas hujan, pastu langgar air lopak tepi jalan abis kena si penunggang moto.
2) Keluar simpang ikut suka hati. # sebab moto kecik, pandai-pandai la ko elak.
3) Bawa keta lane sebelah kiri pastu rapat gila dengan line ruang motosikal. # abis tu mana moto nak jalan? kalau moto jalan tengah-tengah, korang hon macam org gila lak.
4) Tak reti nak mengalah dengan penunggang motosikal. # keta aku besar, kalau ko nak jalan, cari jalan lain.
5) Kat trafik light, keta terjulur kedepan. # kan biasanya moto kat depan. korang ikut la lane korang.
6) Nampak motosikal abis minyak tepi jalan, tapi tak berenti pun untuk tolong beli minyak.
7) Petik abu rokok ataupun buang putung rokok ke luar tingkap sesuka hati (masa sedang drive). # ko ingat muka penunggang motosikal tu tong sampah ke? lagi satu, nasib baik baju tak terbakar.
8 ) ludah ke luar tingkap. # yarkkkk!! minum air free atas moto
9) Suka himpit motosikal
10 ) banyak lagi, tapi aku sakit hati nak tulis
Kalau aku hilang sabar, dah lama aku jadi samseng jalanraya kerana membedal semua pemandu yang bersikap macam sial itu.
Ni la moto aku yang banyak berjasa. Semalam (11/11/2008) tayar moto aku pancit lak. Mungkin sebab tayar belakang dan botak kot dan memudahkan lagi paku ataupun benda-benda tajam menembusi. Tak sempat lagi nak tukar.
*gambar amik pakai kamera telepon
Ikan Pekasam
Sapa-sapa yang pi Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang diadakan di MITC, Melaka baru-baru ni, mesti enjoy abis. Mana tak nya, semua jenis makanan tempatan seluruh Malaysia telah dikumpulkan dalam satu tempat. Benda pertama yang aku cari adalah makanan kegemaran aku ni, ikan pekasam original dari Perak. Pffffffffhhhhh….sedap abis.
Sapa yang tak penah makan, kena cuba. Mesti kempunan kalau tak dapat makan. Dah dua malam aku bedal nasi kosong dengan ikan pekasam. Tak da lauk lain, ikan pekasam ja. Tu pun jalan dua pinggan.
Nak masak pun senang ja, potong bawang besar skit + cili kering. Pastu goreng camtu ja. Nyum-nyum!!
Muka satu Mingguan Malaysia
Gambar yang aku amik pasal LPG ubah suai ke NGV dipakai untuk muka satu Mingguan Malaysia. Tapi byline tak dak.
Baca berita selanjutnya di Mingguan Malaysia
LPG to NGV = LETOP
Kreatif tak bertempat dan sengal. Sebuah van meletup ketika sedang diisi gas NGV yang dipercayai berpunca akibat daripada mengubah suai sebuah tong gas memasak (LPG) menjadi tong gas asli (NGV). Seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian letupan tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira lima jam selepas menerima rawatan di Hospital Melaka. Kepada orang yang duk pandai-pandai mengubah suai tu, sila hentikan la. Anda membahayakan nyawa orang lain. Sila kreatif bertempat..

Najib & Ali
Hari ni (07/11/2008) aku kena pi asgment Showcase Satu Daerah Satu Industri kat MITC, Melaka. Mengikut jadual, showcase tu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bakal Perdana Menteri Malaysia. Tapi dalam sejam sebelum majlis bermula, aku dimaklumkan yang beliau tidak hadir (mungkin ada majlis lain) dan majlis tu diteruskan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Datuk Noh Omar.
Hmmm….ada maksud apa-apa ka? Oh, mungkin depa berdua ni tak sebulu… (Muhyiddin senyum lebar)
















2 comments