Sambung entry Kejadian…
Ok, aku sambung entry Kejadian tempoh hari…
Bila aku dah masuk ja Mahkota Medical Centre (MMC), nurse kat sana pulak sibuk tetiba. Macam aku ni barang panas la senang kira.hahaaa..Aku lepak ja masa tu tunggu doktor kata nurse. Masa tu aku nampak la nurse Hospital Putra dan MMC berurusan pasal dokumen xray, darah dan pengenalan aku. Paling best nurse MMC cakap darah aku tak cukup, depa kena amik lagi sekali untuk buat test apa tah.
Aku dah serabut masa tu sebab aku ni amat takutkan jarum. Masa jarum pertama yang nurse tu cucuk besar gila untuk masukkan air. Kali ni untuk ambil darah kedua pulak. Nurse tu cucuk tangan kiri. “abang, saya cucuk sikit ya untuk ambil darah”, si nurse tu bagitau aku. Apa lagi, aku tutup mata pastu cuba bayangkan benda lain. Dah selesai satu bab yang paling aku gerun. Lepas tu tetiba ada sorang lelaki cina muka semacam ja datang kat aku. Dia pegang muka aku pastu tengok xray. Dalam hati aku tepikir dia ni la kot doktor yang nak rawat aku. Mungkin masa tu dia on call, sebab tu dia pakai selipar ja.
Tak pa la, janji aku cepat sehat. Doktor tu mulakan kerja dia dengan check rahang aku atas dan bawah. Dia boleh lak goncang rahang aku lepas tu tanya, “sakit ke tak?”. SAKIT la doktor..punya la kuat dia goncang, tak kan tak sakit. Sabar jelah. Lepas periksa semua dia bagitau aku yang kena tunggu bengkak surut dulu baru boleh bedah. Dan untuk tunggu bengkak surut sekurang-kurangnya kena tunggu 4 hari. Selama 4 hari sebelum bedah aku dilarang makan dan hanya boleh minum air kosong, milo dan susu sahaja. Jadi, menanti la aku untuk hari pembedahan.
Semasa tunggu untuk hari pembedahan, aku menerima lawatan dari ramai kawan-kawan yang perihatin. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada semua kawan-kawan. Bos-bos aku dari KL pun turun ke Melaka melawat aku.

Ni bos-bos foto aku dan kawan-kawan aku dari KL, Terengganu dan Kelantan.

Ni Azlan Bahrum (kiri), Photographer Utusan Terengganu dengan sikap sengalnya yang aku kenal sejak dari IKBN Peretak lagi.

Yang ni hebat skit, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan) turut sama datang melawat aku. Kanan sekali tu abah aku.
Aku tabik la dengan Ali Rustam sebab dia kalau bab sakit, mati atau kenduri orang memang dia ambil berat. Kawan-kawan aku dari Media Melaka pun banyak tolong aku bila dapat tau yang aku kemalangan. Rasa terharu bila tengok ramai yang datang melawat dan membantu aku. Sampaikan seorang lelaki India dari bilik sebelah datang kat katil aku cakap, ” adik, u punya kawan-kawan ramai datang tengok u sakit la. tiap-tiap hari mesti ada orang”. Fuhh…bangga sangat dapat kawan-kawan macam hangpa semua. TERIMA KASIH YA!!
Masuk hari ke empat (16 Disember 2008), aku dibawa ke bilik bedah. Takut sangat-sangat perasaan masa tu sampai aku mengigil. Aku sempat cakap kat nurse kat situ, “akak, bilik bedah ni sejuk sangat la”. Cewaah..konon-konon sebab sejuk sampai mengigil la. Tapi memang betul-betul sejuk pun. Lepak kejap ja pastu ada sorang doktor datang. “dik saya doktor Nordin, pakar bius”. Hiyoo..masa aku sudah tiba. Mula-mula aku nampak dia bagi dua suntikan kat aku melalui tangan kanan aku tempat sama untuk masukkan air. Lepas tu aku nampak nurse lekatkan apa tah banyak-bayak kat badan aku. Lepas tu lagi, mulut dan hidung aku dilekupkan dengan corong apa tah. Dan semasa sedut udara melalui corong tu, aku dah tak sedar apa lagi.
Masa aku nak sedar pulak, aku rasa kaki aku ditepuk oleh sorang pompuan. Tak tau la doktor atau nurse. “abdul razak, abdul razak”, pompuan tu panggil nama aku. Buka ja mata aku jadi terkejut, tak tau pasai apa. Aku macam meronta-ronta. Lepas tu aku rasa lain macam sebab mulut aku tak boleh buka (nga-nga). Badan rasa berat sangat. Nak ke kiri atau ke kanan pun susah. Boleh buka mata dan bernafas ja. Ada sorang nurse datang tolak katil aku untuk kembali ke wad aku. Dia buka ja pintu bilik bedah tu aku nampak mak abah aku semua tunggu kat situ.
Masuk ja wad balik, aku rasa tak sedap dalam mulut. Ada darah dan air liur banyak rupanya. Aku minta dengan abah aku bekas nak ludah. Dia bawa lepas tu aku luahkan melalui celah-celah gigi aku. Masa tu aku nampak mak aku masuk bilik air menangis. Dia sedih kot tengok aku ludah keluar banyak darah. Tapi tak pa la semua dah ok. Kemudian bersambung la episod tahan lapar aku sebab mulut aku langsung tak boleh buka sebab ada besi diatas dan dibawah gigi aku. Besi tu pulak diikat dengan dawai atas dan bawah.
Aku cuma tunggu hari untuk keluar dari MMC saja sebab doktor kata aku dah boleh keluar tak lama lagi. Tapi makan masih lagi belum boleh. Ok la, nanti aku sambung lagi cerita pasal aku keluar MMC dan balik rumah..

Tengok la macam mana gigi atas dan bawah aku kena ikat.

Ni la minuman yang membantu aku.
Kejadian…
Hari ni (25 Disember 2008) masuk hari ke 13 aku tak makan gara-gara terlibat dalam kemalangan pada 13 Disember lepas. Masa aku tulis ni, perut aku dah tak tahan lagi meminta supaya ada makanan masuk untuk dicerna. Adui… Ok, aku rasa nak tulis sikit dari mula hari aku terlibat dalam kemalangan tu.
13 Disember 2008 (hari kejadian)
Aku bangun pagi macam biasa. Mandi, sarapan dan bersiap untuk pergi kerja. Sebelum keluar dari rumah, aku kemaskan barang-barang yang nak aku bawa pergi ofis. Antaranya hamper dan piala kemenangan perlawanan boling antara Media Melaka dengan Telekom (TM) Melaka. Perlawanan tu berlangsung malam 12 Disember dan aku dengan kawan aku Zaidi tv9 menjadi johan.

Ni la piala kemenangan aku
Dah siap kemas-kemas, aku hidupkan enjin motosikal dan terus bergerak ke tempat asgment pertama aku hari tu. Dari rumah, aku menuju ke Kampung Morten untuk asgment pasangan pengantin kahwin naik kereta kuda. Masa bawa motor takda aku rasa apa-apa pun, macam biasa ja. Bila sampai ja berdekatan Hospital Putra, tiba-tiba ada sorang apek tua ni keluar dari celah-celah kereta (masa tu kereta banyak). Apa yang aku ingat, apek tu tak kayuh basikal tapi dia tolak basikal.
Apa lagi, kedebeek….aku langgar apek tu dengan basikal dia sekali. Lepas tu aku tak sedar sekejap. Sedar ja ada orang dah angkat aku pegi tepi jalan. Masa tengah panik tengok darah berderu-deru keluar dari hidung aku, tiba-tiba aku dengar apek tu marah-marah aku. “lu la salah langgar gua” , selamba apek tu bising-bising kat aku. Malas aku nak layan, aku bangun dan aku tengok motor aku. Motor ok tak da yang rosak teruk sangat. Aku tengok badan aku pun takda cedera teruk. Lepas tu aku trus telefon bagitau abah aku dan Maliah yang aku kemalangan.
Masa tu sempat aku berasa kagum dengan harmoni rakyat Malaysia yang pemurah membantu. 1) Aku nampak banyak lelaki Melayu yang tolong alihkan benda-benda yang berterabur atas jalanraya. 2) Seorang lelaki Cina tolong papah apek tua tu. 3) Dua lelaki India yang seorang tolong simpankan motor aku belakang sebuah showroom kereta dan seorang lagi hulurkan aku segulung tisu untuk lap darah yang keluar dari hidung aku.
Ok, lepas habis kagum, kepala aku sudah rasa sakit yang amat sangat dan pening. Kebetulan kemalangan tu berlaku dekat dengan Hospital Putra yang juga panel kepada Utusan Melayu (M) Berhad iaitu tempat aku berkerja. Apa lagi, aku buka box belakang motor aku, ambil kamera dan barang-barang yang nak bawa pegi ofis tadi, terus aku jalan kaki sambil dibantu seorang lelaki Melayu menuju ke Hospital Putra.
Sampai ja kat Hospital Putra, ada seorang kakitangan bahagian kecemasan terus tarik aku dan letak atas kerusi roda dan bawa aku ke bahagian kecemasan. Nurse suruh aku baring dan dia mula bersihkan luka aku, ambil darah, cucuk ubat elak kancing gigi dan masukkan air. Abis ja dia buat tu semua, aku cakap kat dia yang aku sakit kepala dan aku mintak di scan kepala aku sebab aku takut ada pendarahan dalam kepala. Pastu bermula la babak-babak macam dalam drama.
Depa usung aku dengan katil ke bilik scan. Belok sana, sini untuk sampai bilik scan tu buat aku lagi pening. hampeh…Sampai bilik tu, depa mula scan dan tengok keputusan. Rupa-rupanya rahang kanan aku patah dan hidung aku retak. Aku ingatkan aku cedera ringan ja. Terus nurse tu cakap “ni kena tahan wad dik, nak saya call sapa-sapa tak?”. Aku bagitau dia aku dah call family cuma yang belum call bos aku ja. Akak nurse tu terus call bos aku, Lukman untuk bagitau yang aku kemalangan.
Dah habis kat bilik scan tadi, nurse bawa aku balik ke bahagian kecemasan. Masa duk tunggu nurse tu ubatkan aku, ada seorang doktor datang dan cakap kat aku, “dik minta maaf kami tak ada pakar untuk bedah masalah adik ni, pakar kami pergi Haji”. Alamak!, pakar pegi haji pulak. Aku tanya doktor, “jadi nak buat macam mana ni doktor?”. Doktor tu jawab “macam ni la dik, kami kena rujuk adik ke Mahkota Medical Centre. tapi adik sekarang ni nak bayar sendiri ke pakai insurans?. Aku kata “saya akan minta company uruskan, apa-apa pun hantar saya ke sana dulu”.
Hahahaaa…sekali lagi babak drama. Aku dibawa dari Hospital Putra ke Mahkota Medical Centre naik ambulan. Yang bestnya siap pasang siren. Buat pertama kalinya seumur hidup aku, aku naik ambulan. Pening sangat naik ambulan sebab bunyi siren bising pastu kejap-kejap brek mengejut. Pening punya pening, sampai gak kat Mahkota Medical Centre..
Mula la bab baru pulak dirawat di Mahkota Medical Center…
*nanti aku sambung

Muka aku masa baru masuk Mahkota Medical Centre

3 comments