Kata aku disini hari ini…

Aku Bukan Musuh Harta

Posted in Cerita Dari Aku by razaklatif on July 28, 2009

Lirik Aku Bukan Musuh Harta – Kopratasa

Mereka kata :
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..
Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,

Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka : lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istimewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Di hujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..

Dari Puisi Dr Asri / turut di nyanyikan oleh kumpulan Kopratasa

Mimpi

Posted in Cerita Dari Aku by razaklatif on July 27, 2009

salam. aku baru-baru ni dapat satu mimpi yang bagi aku amat ngeri. mimpi aku mati dan aku nampak mayat aku sedang diuruskan. aku nampak mayat aku kat bilik mayat dijirus dengan air. aku rasa masa tu amat sunyi sebab aku sorang dan meninggalkan dunia. aku tak dapat buat apa2. cuma dapat tengok ja.

betul cakap bila orang cakap, nanti mati pun sorang2. aku betul2 rasa sunyi masa tu. aku harap aku ada masa untuk mencari pahala..amin.

PARA!!

Posted in Cerita Dari Aku by razaklatif on July 10, 2009

Lirik Tarian Perang 10 Bgd Para

Eh ya eh yo briged para, gelaran kami AIRBORNE PARA urghhh
Eh ya eh yo beret maroon kebanggaan kami, sayap di dada sebagai bukti

PAC, tindak pantas cogan kata kami
siap siaga bertempur, sanggup berjuang dan memusnah

Eh ya eh yo briged para, gelaran kami AIRBORNE PARA urghhh
Eh ya eh yo beret maroon kebanggaan kami, sayap di dada sebagai bukti

kami rela, berkorban dan sedia menggempur,
musuh digempur lari bertabur, sanggup berjuang walaupun terkubur

Eh ya eh yo briged para, gelaran kami AIRBORNE PARA urghhh
Eh ya eh yo beret maroon kebanggaan kami, sayap di dada sebagai bukti

airborne.. PARA, PARA, PARA!! URGHHH

MLM

Posted in Aku bercakap by razaklatif on July 9, 2009

Salam. Sebelum ni aku penah tulis pasal MLM (multi level marketing) yang sememangnya jenis perniagaan yang sentiasa memburukkan kerja yang kita lakukan (walaupun kerja halal).

Kali ni aku nak cerita dan luahkan sikit pasal kawan aku yang dah terjebak ke dalam MLM ni. Dia ni salah seorang kawan baik aku dan dia bekerja sebagai jurugambar. Minat mendalam dia dalam fotografi ni nampak amat ketara sejak aku dan dia belajar sekali di sebuah institut dulu.

Yang aku amat kesal dan sedih sekarang ni, dia dah jadi betul2 berubah sebab MLM. Kawan2 aku semua mengadu dengan aku yang dia suka menjatuh2kan dan memperlekehkan apa yang diorang ada. contohnya : “abu, sampai bila kau nak pakai kereta buruk ni, berubah la, join aku”. Macam2 lagi la yang dia cakap yang membuatkan orang lain kecil hati dan aku malas nak tulis kat sini.

Bagi aku, kalau kawan aku ni nak mengajak orang join MLM dia tu, mungkin ada cara yang sedikit baik dan tidak menyakitkan hati orang lain. Kalau dah sampai memperlekehkan kerja yang orang lain buat tu, bagi aku memang biadap la. Sebab kerja yang orang lain buat tu kerja HALAL. Bukannya mencuri ataupun merompak.

Memang sedih bila kawan baik sendiri buat kita macam tu. Tapi disebabkan nak jaga hubungan baik yang nama KAWAN tu, kita layankan jelah. Tapi jangan sampai satu hari kawan2 rasa menyampah dengan perangai bodoh tu dah la. Wahai kawanku yang gila MLM ni, sekarang ni jiwa & hati kau dah tak nampak apa dah. DUIT sahaja yang jadi tumpuan.

Target hidup kau cuma nak cari orang ramai2 dan join MLM kau tu. Kau sebenarnya tak ada life. Sekarang duit jadi keutamaan kau. Kalau dulu setiap petikkan shutter dikamera adalah kepuasan, sekarang aku tak tau apa yang membuatkan kau jadi puas. Mungkin duit yang banyak agaknya. Tapi kau takkan penah rasa cukup dengan duit banyak yang kau ada.

Aku harap tuhan bukan pintu hati kau untuk berubah. Kalau kau kaya dengan MLM, kami semua kawan2 kau ni,  akan bangga tapi kami tak mungkin boleh ikut cara kau untuk jadi kaya. Aku harap kau berhenti untuk menyakitkan hati orang lain dengan memperlekehkan cara hidup dan kerja mereka. TOLONG BERUBAH!

*MLM telah hanyutkan kawan aku, sedih beb!

go azizan go

Posted in Cerita Dari Aku by razaklatif on July 4, 2009

Jgn tunduk dengan kehendak DAP lahanat tu… Go Azizan Go!!