kurang enak
sekarang ni, tidur sudah menjadi kurang enak. asyik mimpi pasal kematian saja..
punggai?
hangpa tau dak maksud perkataan punggai? hahahaa….
tadi masa aku telepon mak aku, dia sebut banyak perkataan loghat utara yang memang dah lama aku tak sebut. antaranya:
Punggai : lempar, baling
Celuih : muat, padan
Cemuih : bosan
Mangkit : bangkit, bangun
Soq : sahur
Koi : makin
dan lain2…
hahahaa….memang best!
ucapan
hahahaaa…aku nak gelak dulu. ok, tadi masa aku sembahyang terawih, tiba2 poket seluar aku bergegar. oh, telepon aku dalam mode silent dan vibrate.
ada dua sms masuk. kawan aku ucapkan salam ramadan dan pasal keberkatan di bulan ramadan.
yang sempoinya, punya panjang dia tulis pasal keberkatan ramadan, pastu dia tak sembahyang terawih. baguih punya dok sms aku masa orang sedang sembahyang.
*salam ramadan untuk semua.
tolong
Aku kesiankan wife aku. Dia kena jaga diri dia sendiri di KL. Aku di Melaka. Kami dua2 cari makan. Tiap2 hari aku rindu dia.
Tapi, kesian dia…sapa nak jaga dia? Sekarang ni dia perlu lebih dijaga.
Tuan Syed Agil, saya mahu pulang kerja di KL!
Bengkel fotografi
Aku betul2 semak la ni banyak sangat bengkel dan seminar fotografi yang dianjurkan oleh photographer tah apa2. Gambar sendiri pun hancur lepas tu nak ajar orang lain pulak.
Apa benda yang diajar kepada orang lain? main kaut untung ja. Lepas ni, semua beli kamera, lepas tu petik shutter 2-3 kali, lepas tu dah boleh ajar orang lain ambil gambar. caiitt!!
Kalau ajar free tak pa, ni charge beratus2, gebang ja lebih..
Jauh
Kesian isteri, sakit2 pun kerja. Jauh pulak tu. Harap2 kamu selamat pulang dan cepat sembuh.
*i love u isteri!
mimpi lagi
kali ni macam palat skit aku mimpi. ada manusia yang tak sepatutnya telah masuk dalam mimpi aku..
serius aku bengang dengan satu manusia ni..
*kepada yang berkenaan, tolong belajar membenci dan tidak memberi peluang!
Perhimpunan haram anti ISA
Memang bodoh sapa yang ikut perhimpunan tu (maksud aku, orang yang bertindak merusuh dan berarak, bukan media, polis, fru, bomba, DBKL, dan orang awam).
Secara seriusnya perhimpunan tu menyusahkan orang ramai. Dah la jalan jadi sesak dengan kenderaan tak bergerak tersekat dalam perhimpunan haram jadah hangpa tu. Cuba bayangkan kalau ada orang sakit dalam ambulan nak cepat pegi hospital? kan menyusah namanya tu. Cuba bayangkan kalau ada warga emas dalam kereta yang terperangkap dalam jalan sesak tu? Cuba bayangkan kalau ada individu yang nak balik kampung lawat jenazah mak atau bapa dia yang dah nak kebumi? Haihhh…banyak lagi kalau nak tulis ni.
Aku dan berjuta lagi rakyat Malaysia yang bengang dengan tindakkan bodoh peserta perhimpunan haram tu.
Akal cetek, nak mansuh ISA kononnya. Ni semua atas kepentingan politik la. Yang orang-orang jadi pak turut ni, ikut ja apa yang leader suruh.
Cuba banyangkan satu hari nanti kalau ISA dah tak ada, akta apa hangpa nak pakai untuk banteras jenayah berat, pengganas, pengugat keamanan?
Huru-hara Malaysia beb.

leave a comment